INFO TERKINI KPM

Monday, November 8, 2010

MAJLIS SAMBUTAN PK PENTADBIRAN ( EN. WAN HUSIN WAN YUSOFF)

Wednesday, October 27, 2010

SYABAS DAN TAHNIAH


Semua warga SMK Raja Sakti sekali lagi menzahirkan ucapan tahniah dan syabas di atas perlantikan En. Wan Husin Wan Yusoff untuk menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Raja Sakti. Perlantikan ini adalah untuk mengisi kekosongan Tn. Hj. Mat Zain Mahmood yang telah dilantik sebagai pengetua di SMK Tanjung Chat.

Perlantikan beliau ini boleh dianggap sebagai sireh pulang ke gagang, kerana Beliau yang pada dahulu nya adalah merupakan mantan guru penolong, Guru kanan Bahasa , PK kokurikulum yang telah berkhidmat sekian lama di SMK Raja Sakti . Beliau yang dikenali sebagai seorang komited kepada tugas, sekali lagi telah diberikan kepecayaan oleh JPN Kelantan untuk dilantik sebagai Penolong Kanan HEM di SMK Pengkalan Chepa 1.

Majlis sambutan kedatangan beliau di SMK Raja Sakti akan diadakan pada hari isnin bermula pada jam 10 pagi. Semoga kehadiran beliau ini mampu mewujudkan momentum baru, di samping mencetus dan merealisikan visi dan misi SMK Raja Sakti kearah kecemerlangan
dalam terutamanya dalam bidang pentadbiran dan akademik .

Tuesday, October 19, 2010

PENUTUP KOKURIKULUM 2010



Pada 17 Oktober 2010 (Ahad), telah diadakan Majlis Penutup kokurikulum bagi sesi tahun 2010. Ia berlangsung di Dewan Sakti Gemilang SMK Raja Sakti. Upacara perasmian penutup bagi majlis ini a telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan pengetua, Hj Kamarul Zaman Daud. Sepanjang majlis tersebut berlangsung terdapat beberapa acara yang turut dipersembahkan, antaranya ialah persembahan pelajar dan anugerah kecemerlangan kokurikulum kepada pelajar dan guru yang terlibat. Majlis ini adalah bertujuan untuk menghargai sumbangan semua warga sekolah dalam menjayakan sebarang program kokurikulum sepanjang tahun 2010 di SMK Raja Sakti.

Wednesday, October 6, 2010

TAHNIAH DAN SYABAS


Semua warga SMK Raja Sakti, menzahirkan rasa penghargaan dan tahniah di Atas perlantikan mantan PK pentadbiran SMK Raja Sakti , Tn. Hj Mat Zain bin Mahmood yang telah dilantik secara rasminya oleh JPN Kelantan sebagai Pengetua bagi SMK Tanjung Chat. Sesungguhnya segala sumbangan dan bimbingan yang diberikan akan sentiasa dikenang dan menjadi pedoman kepada seluruh warga SMK Raja Sakti dalam usaha untuk terus memacu kecemerlangan dalam semua bidang. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan.

Tuesday, October 5, 2010

DOWNLOAD PAMPLET PROGRAM PENYAMPAIAN WANG EHSAN


Berasaskan kepada permintan ramai warga pendidik yang mahu menyiapkan pamplet bagi program Penyampaian Wang Ehsan , sila download di sini sampel pamplet berkenan. Sila edit maklumatnya berdasarkan kehendak majlis dan lokasi di mana ia di adakan. Sebarang kemusykilan sila hubungi En. Rosli Mohamed

Friday, August 6, 2010



Saturday, July 31, 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG 2010

Pada pagi tadi berlangsung program gotong royong membersihkan kawasan Masjid Kota Jembal yang lokasinya berhampiran dengan SMK Raja Sakti. Proram ini adalah dianjurkan oleh Panitia Sivik dan kewarganegaraan sebagai memenuhi perancangan program Tahunan panitia berkenaaan.

Seramai 150 pelajar terlibat secara langsung dalam program berkenaan. Tujuan lain diadakan program seumpama ini adalah untuk menyemai rasa tanggungjawab dan membina sikap keperihatinan para pelajar terhadap kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Perasmian program ini dilakukan oleh GKB, Tn Hj Mohd Nasir yang mewakili GKSS, Eb. Ghazali yang tidak dapat hadir. Beberapa orang guru turut hadir dalam program ini, iaitu Tn Hj Meli Deramat (Ketua Panitia), En. Nik nasaruddin Yahya (GKTV), En. Rosli Mohamed dan beberapa orang yang lain

Monday, July 26, 2010

KEM KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2010



Selepas kejayaan beberapa siri program kecemerlangan akademik yang telah diadakan pada sebelum ini, ,sekali lagi SMK Raja Sakti mengorak langkah ke hadapan demi untuk melonjak dan meneruskan tradisi kecemerlangan . Kali ini ialah menerusi inisiatif unit Kecemerlangan SPM yang diterajui oleh GKB, En. Mohd Nasir , iaitu dengan mengadakan siri bengkel pembelajaran yang memfokuskan kepada subjek yang dianggap kritikal bagi peperiksaan SPM 2010. Program ini yang melibatkan penyertaan semua pelajar dan guru Tingkatan 5 , berjalan selama seminggu iaitu bermula pada 25 hingga 29 julai dan bertempat di Dewan Sri Sakti.



Unit Kecemerlangan PMR SMK Raja Sakti telah mengadakan Kem Kecemerlangan Akademik bagi calon-calon pelajar pelajar yang bakal menduduki PMR pada tahun ini. seramai 70 pelajar tingkatan 3 telah menyertai program yang di adakan di Pondok Moden Jeli Kelantan . Ia berjalan selama 3 hari 2 malam bermula 20 hingga 22 julai. Ia dikendalikan oleh GKTV En. Nik Nasarudin Yahya, Mohd Nordin Darus (SU Kecemerlangan PMR) , guru matapelajaran yang berkaitan dan para kaunselor .

Pada sebelum ini program seumpama ini juga telah diadakan iaitu di Gelora Beach resort, Bachok. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini ia akan membuka minda pelajar dan mencetuskan idea dan alternatif baru bagi memboleh pelajar mencapai kecemerlangan dalam PMR nanti

Monday, May 17, 2010

JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER 2010



Sunday, May 16, 2010

PENDAFTARAN TINGKATAN 6 RENDAH 2010

Thursday, May 6, 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS

Tahniah diucapkan kepada Tn.Haji Hussain Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 April 2010 bagi menggantikan Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab.Rahman, Mantan Pengarah Pelajaran Kelantan yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.

Pelantikan Tn.Hj.Hussain Awang sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru juga diibaratkan 'sirih pulang ke gagang' kerana sebelum ini beliau merupakan mantan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Kelantan sebelum bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah KPM. Sebagai seorang bekas pendidik, pengetua, pegawai pelajaran daerah dan terakhir ketua sektor di JPN Kelantan, beliau diyakini mampu membawa kecemerlangan yang lebih melonjak untuk pendidikan negeri Kelantan.

Tn. Hj. Hussain Awang yang terkenal sebagai seorang yang gigih bekerja dan mesra dengan semua orang, namum mempunyai ketegasan yang tersendiri sememangnya layak memimpin warga pendidikan seluruh Kelantan bagi mencapai kecemerlangan yang telah diteruskan oleh Mantan Pengarah Pelajaran Kelantan sebelum ini. Sebelum itu, dalam ucapannya di Majlis Penyerahan Tugas baru-baru ini, beliau meminta semua warga pendidikan JPN Kelantan, PPD, pentadbir sekolah dan guru-guru agar memberi kerjasama yang padu kepada beliau dan bersama-sama memberi komitmen tinggi bagi menjayakan agenda pendidikan negeri Kelantan.

Apa tanda si batang tebu
Batang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu tinggi budinya

Selain itu, ucapan tahniah juga disampaikan kepada YBhg Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab. Rahman, mantan Pengarah Pelajaran yang telah dianugerahkan Pingat Darjah Setia Mahkota yang membawa gelaran Dato' oleh YTM Pemangku Sultan Kelantan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan baru-baru ini.

Sesungguhnya dengan penganugerahan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan bukan sahaja kepada Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab Rahman, tetapi turut dikongsi bersama oleh seluruh warga pendidikan negeri Kelantan. Penganugerahan itu juga sebagai satu pengikhtirafan kepada beliau yang telah banyak menyumbang bakti dan jasa menaikkan kecemerlangan pendidikan negeri Kelantan.

"Akar keladi melilit selasih,
selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Wednesday, April 14, 2010

MANFAATKAN EDUWEB TV


Selaras Dengan Perkembangan ICT Terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Telah Mengorak Langkah Untuk Menyiarkan TV Pendidikan Melalui Internet. Siaran TV Pendidikan Yang Sebelum Ini Dipancarkan Melalui Saluran Televisyen Terestrial kini Disalurkan Melalui Internet . Usaha Ini Adalah Sejajar Dengan Usaha KPM Untuk Merapatkan Jurang Digital Dalam Bidang Pendidikan.

Web TV KPM Yang Dikenali Sebagai EduwebTV Telah Dimulakan Pada 1 Mac 2008, Boleh Diakses Oleh Umum Melalui Portal www.eduwebtv.com Pada Bila-bila Masa Dan Di Mana-mana Sahaja. Pada Masa Ini Kandungan EduWebTV Mencakupi Pelbagai Bidang yang boleh Diakses Melalui Lapan Saluran Iaitu Berita, Akademik, Wawancara, Rencana, Kurikulum, Interaktif, Siaran Langsung, Dan Panduan.

Tuesday, April 13, 2010

PEMANTAUAN ICT DAN PSS


Minggu lepas SMK Raja Sakti telah dikunjungi skuad pemantau dari PKG Tapang (wakil Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri kelantan. Matlamatnya adalah untuk memberikan khidmat bantu yang sesuai bagi meningkatkan lagii tahapkeberkesanan pengurusan ICT dan PSS sekolah

Sepanjang kunjungan tersebut , tinjauan telah dilakukan berhubung dengan aspek pengurusan ICT dan Pusat Sumber Sekolah. Semakan telah dilakukan berhubung pengurusan fail, Status kemaskini data peralatan ICT, status penggunaan peralatan ICT, penggunaan Makmal Komputer dan Pusat Akses .Di samping itu, pengisian Data pemantauan Online SSQS, SPPICTS dan SSTS juga diberikan penekanan.

Mengenai Kewujudan laman Blog SMK Raja Sakti pula, ianya mendapat penilaian yang positif, kerana sebahagian besar elemen yang terkandung dalamnya adalah sesuai bagi kegunaan semua warga pendidik dan pelajar.


PERINGATAN-PENGISIAN DATA SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT ( SPPICTS ) SECARA ONLINE


TINDAKAN
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
(U.P : GURU PENYELARAS BESTARI/ GURU ICT / JURUTEKNIK FT17

BUTIRAN
BERDASARKAN SURAT ARAHAN KPM, KUTIPAN DATA SECARA ONLINE DENGAN MELALUI SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICT) AKAN DILAKSANAKAN SEBANYAK 3 KALI SEBAGAI BERIKUT:-

21 MAC - 09 APRIL 2010
20 JUN - 09 JULAI 2010
19 SEPTEMBER - 08 OKTOBER 2010

SEMUA SEKOLAH DIMINTA MENGEMASKINI MAKLUMAT ICT TERSEBUT MENGIKUT TEMPOH YANG TELAH DITETAPKAN. DATA KUTIPAN INI AKAN DIGUNAKAN OLEH KPM DALAM MELIHAT PENGGUNAAN PERALATAN ICT OLEH PIHAK SEKOLAH.

AKSES SISTEM INI MELALUI URL :

http://ssqs.moe.edu.my
http://pnp.moe.edu.my

BAGI SEBARANG PERMASALAHAN, SILA HUBUNGI PEGAWAI PKG ZON TUAN/PUAN.

Monday, March 29, 2010

SUKAN 2010 - DLM PROSES EDIT DAN UPDATE

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SMK Raja Sakti tahun 2010 kali yang ke 39 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari bermula 28 hingga 29 mac 2010. Ia telah mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan komitmen di kalangan semua warga SMK Raja Sakti pada secara keseluruhannya.

Upacara perasmian KOT ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Yahaya B Hj Md Riffin iaitu Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu.


Monday, March 15, 2010

KELAS BIMBINGAN ICT FASA 1

Kelas Bimbingan ICT bagi sesi tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya di Makmal Komputer SMK Raja Sakti pada pagi tadi. Ia bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas bimbingan ini merupakan Fasa Pertama yang memperlihatkan penglibatan seramai 20 orang pelajar tingkatan 1 dan 2. fasa-fasa pelaksanaan kelas Bimbingan ICT ini yang berikutnya , akan diadakan mengikut perancangan yang pun di susun sepanjang tahun ini.

Kelas bimbingan ini bermatlamatkan untuk menjadikan ICT sebagai sebahagian dari cabang kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Meningkatkan kecekapan dan minat menggunakan aplikasi komputer . Di samping mendedahkan rahsia dan Tips penggunaan aplikasi Ms Office, komponen komputer dan internet. Kesemua ini penting dan secara tidak langsung ia diharapkan akan dapat membantu pembelajaran para pelajar. Kelas bimbingan ini dikendalikan oleh
En. Rosli Mohamed yang juga merupakan Penyelaras Besatsti ICT SMK Raja Sakti

Saturday, March 13, 2010

SAMBUTAN MAULUD PERINGKAT SEKOLAH

Sunday, February 14, 2010

KELAS BIMBINGAN ICT UNTUK PELAJAR

Sukacita dimaklumkan Unit ICT SMK Raja Sakti akan mengadakan Kelas Bimbingan ICT secara percuma kepada para pelajar.Maklumatnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 MAC 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30 - 12 .00 tengahri
Tempat: Makmal Komputer
Had Bilangan peserta: 20 orang

PELAKSANAAN
Kelas Bimbingan ini diadakan mengandungi 3 FASA. Fasa pertama kursus ini diadakan khusus kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja . Fasa yang berikutnya akan menyusul dengan kursus yang bakal ditawarkan pula kepada pelajar Tingkatan 4 dan 6 Rendah (Program untuk Pelajar Kelas peperiksaan PMR dan SPM akan dilaksanakan mengikut keperluan)

MATLAMAT
Bermatlamatkan untuk menjadikan ICT sebagai sebahagian dari cabang kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Meningkatkan kecekapan dan minat menggunakan aplikasi komputer . Di samping mendedahkan rahsia dan Tips penggunaan aplikasi Ms Office, komponen komputer dan internet. Kesemua ini penting dan secara tidak langsung ia diharapkan akan dapat membantu pembelajaran para pelajar.


Wednesday, February 10, 2010

LARIAN MERENTAS DESA 2010

Acara larian Merentas Desa SMK Raja Sakti 2010 telah selesai dilaksanakan pada 6 Februari 2010. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Hj kamarul Zaman Daud.

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Sekitar Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR yang didempurnakan oleh Tn Hj Abd. Halim Che Hassan , Ketua Penolong Pengarah dari Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan

Senario anugerah pelajar cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun bagi tingkatan 1, 2 dan 4 tahun 2009

Friday, January 22, 2010

INFO ICT 2010




Makluman kepada para pelajar dan guru, Pusat Akses akan mula beroperasi mula sekarang. Sila ikut jadual yang telah ditetapkan


Saturday, January 16, 2010

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA

Friday, January 15, 2010

UCAPAN TAHNIAH

Tahniah dan selamat bertugas di SMK Raja Sakti diucapkan pada En. Che Ghazali Ismail dan En. Nik Nasaruddin Yahya yang telah dilantik menjadi Guru Kanan Sains Sosial dan Guru kanan Teknik Vokasional (GKTV) bagi bermula sesi tahun 2010 .

Semoga perlantikan ini akan memberikan suntikan baru kearah meningkatkan pencapaian akademik yang lebih cemerlang khususnya pencapaian semua subjek di bawah Jabatan masing-masing

Thursday, January 14, 2010

TAKLIMAT ICT

Satu taklimat khas ICT telah diberikan di Dewan Terbuka SMK Raja Sakti baru-baru ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras Bestari, En. Rosli Mohamed kepada kepada sekumpulan pelajar Tingkatan 1 dan 4 yang sedang mengikuti kusus SUAIKENAL bagi sesi 2010 .

Antara isu penting dalam taklimat tersebut ialah beliau telah menerangkan tentang senario iCT di sekolah di samping kepentingan penggunaan ICT dalam pendidikan dalam menempuhi cabaran zaman globalisasi . Para pelajar juga turut diterangkan apakah persiapan asas dan strategi yang harus dilakukan oleh pelajar dalam merealisasikan ICT sebagai platform terbaik yang membolehkan kecermlangan akademik dapat dicapai.

Tidak ketinggalan, beliau juga turut mengupas tentang Produk-produk baru ICT, kemunculan teknologi baru ICT dan langkah penjagaan keselamatan komputer untuk membebaskannya dari acaman global umpamanya, Hackers, serangan virus, trojan, spyware dan malware .