INFO TERKINI KPM

Thursday, October 9, 2008

MAJLIS PENUTUP KOKURIKULUM 200B

Unit Kokurikulum SMK Raja Sakti akan mengadakan Majlis Penutup Kokurikulum pada 28 Oktober, 2008, bermula pada jam 8.30 pagi. Majlis berkenaan dijangka dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, YABrs Tn. Hj. Mohd. Ghazali Ab. Rahman.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang majlis tersebut berlangsung, antaranya penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar yang telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum sekolah sepanjang tahun 2008, persembahan pelajar, pameran kraftangan dan gerai jualan.





Wednesday, August 20, 2008

FOTO PERISTIWA


SENARIO KURSUS LDP KE - 4



Friday, August 15, 2008

KEM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Panitia Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Raja Sakti, telah menganjurkan satu Program perkhemahan pelajar yang diadakan di Gelora Beach Resort, Bachok, Kelantan. Ia berlangsung selama 2 hari bermula pada 14 ogos 2008. Program ini diadakan sebagai memenuhi perancangan tahunan Panitia matapelajaran berkenaan .

Seramai 100 orang pelajar dari Tingkatan 1 terlibat menjayakan program tersebut, di samping 6 orang guru yang bertindak selaku Urusetia dan Fasilitator. Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Raja Sakti, Tn. Hj. Kamarul Zaman b. Daud

Sunday, August 3, 2008

SEMAK JADUAL PEPERIKSAAN PTK

Saturday, August 2, 2008

Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri eGTukar

Berita baik untuk guru-guru. Semakan keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dilakukan sekarang dengan menggunakan Sistem Pertukaran Guru - eGTukar dengan klik di sini.


Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan laman Web Interaktif (EDUWEBTV) yang bermanfaat bagi kegunaan guru dan murid bagi menambah-baikkan mutu dan kualiti p&P di negara ini. Sila klik gambar di atas untuk capaian ke laman web tersebut.

Monday, July 28, 2008

PEMANTAUAN LDP DI SMK RAJA SAKTI

Pegawai-Pegawai dari Sektor Akademik telah menjalankan Pemantauan LDP ke PPD dan Sekolah-Sekolah PTJ (Pusat Tanggungjawab) dan baru-baru ini sempat berkunjung ke SMK Raja Sakti . Antaranya ialah En. Md. Yusoff b Hassan, En. Mat Nawi b Wahid dan Hj Nordin bin Ibrahim. Pemantauan ini bertujuan untuk memantau aktiviti dan sistem fail LDP. Klik di sini untuk maklumat lanjut

Thursday, July 17, 2008

GOTONG ROYONG 2008


Tuesday, July 15, 2008

PERKAMPUNGAN PMR DAN SPM 2008

Unit Kecemerlangan SMK Raja Sakti telah mengadakan program Perkampungan PMR dan SPM' yang melibatkan calon-calon peperiksaan berkenaan bagi sesi tahun 2008 . Program ini merupakan sebahagian dari perancangan tahunan SMK Raja sakti, kearah peningkatan prestasi pencapaian peperiksaan PMR dan SPM 2008. Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 3 julai dan dijangka berakhir pada 5 julai 2008

KURSUS PROFESIONAL GURU KALI KE-3



Sekali lagi SMK Raja Sakti telah menganjurkan satu kursus Profesionalisme Perguruan yang diadakan pada 21 Jun 2008 bertempat di Royal Guest House, Kota Bharu , Kelantan . Ia selamat dirasmikan oleh Pengetua SMK Raja Sakti, Tn. Hj. Kamarul Zaman b. Daud. Antara tetamu fasilitator yang dijemput yang menyampaikan ceramah ialah TN HJ ABD HAMID B CHE SOH dan EN ZAABAR B MOHD ZAINAL dari JEMAAH NAZIR SEKOLAH KELANTAN. Perkara yang disampaikan ialah berkisar kepada Pengurusan Panitia yang berkesan dan juga Cara untuk melaksanakan proses P & P yang Berkesan. Semua guru telah menghadiri kursus ini dengan jayanya.

KURSUS KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS SECARA BERKESAN


Jabatan Sains Matematik dan Jabatan bahasa SMK Raja Sakti telah menjalan satu pakatan akademik yang strategik dengan mengadakan kursus Komunikasi Dalam bahasa Inggeris secara Berkesan yang mana ia telah diadakan di SMK Raja Sakti pada 16 Mei 2008. Ia telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Raja Sakti iaitu Tn. Hj. Kamarul zaman b. Daud. Kursus seumpama ini dijalankan bagi bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan komunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam membantu khususnya proses P&P dalam bilik darjah. Kursus ini dikendalikan oleh Fasilitator khas yang diundang dari SM Tengku Faris Petra iaitu Guru Cemerlang Bahasa Inggerisnya iaitu Pn Azalina Mohd Yusof. Semua Guru dari 2 jabatan akademik berkenaan telah menjayakan kurusu yang cukup bermakna itu.

KURSUS PROFESIONAL PERGURUAN SMK RAJA SAKTI



Satu kursus yang bertemakan 'KURUS PROFESIONALISME PERGURUAN" telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan pada 11 April 2008.

Kursus ini melibatkan kerjasama antara SMK Raja Sakti dan Institut Perguruan Kota Bharu. Matlamat kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan di kalangan guru dan sekaligus mampu meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik khususnya. Kursus ini di hadiri oleh 84 orang guru dan ia selamat disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Institiut Perguruan Kota Bharu. TN. HJ SALLEHUDDIN BIN ABD WAHAB. Manakala majlis Penutupnya telah dlakukan oleh Pengetua SMK Raja Sakti, Tn. Hj. Kamarul Zaman b. Daud.

Sesungguhnya kursus yang dijalankan hampir sehari suntuk ini telah berjaya membuka dimensi baru kepada para pendidik SMK Raja Sakti dalam mengenalpasti peranan sebenar yang seharusnya dimainkan oleh mereka.

GOTONG ROYONG 2008


PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Read this document on Scribd: RINGKASAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

KOMUNIKASI DIGITAL

Dunia yang semakin sibuk sekarang memerlukan teknologi komunikasi yang canggih supaya informasi dapat diperolehi dalam jangka masa yang singkat. Informasi itu mungkin dalam bentuk dokumen/foto digital, audio dan video. Justeru itu terdapat banyak perisian yang membolehkan anda berkomunikasi dan berdiskusi di mana sahaja dan pada saat mana sekalipun antaranya seperti di atas.


Friday, February 1, 2008

PIAGAM PELANGGAN


Kami Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti Berazam :

  • Sentiasa Peka Dan Responsif Kepada Kehendak-Kehendak Dan Keperluan-Keperluan Pelanggan

  • Melahirkan Insan Berketerampilan Berasaskan Penggunaan Teknologi Pendidikan Secara Terancang Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

· Memberikan Layanan Yang Baik Dan Saksama Untuk Mendapat Pendidikan Optimum

  • Membentuk Sahsiah Yang Seimbang Dan Bermoral Melalui Tindakan Peraturan Secara Profesional.

· Menyediakan Khidmat Bimbingan Kaunseling, Kesihatan Dan Kebajikan Untuk Kesejahteraan Pelanggan

  • Memupuk Bakat Dan Potensi Pelajar Untuk Meningkatkan Daya Saing Yang Tinggi Menerusi Kegiatan Kokurikulum

  • Memelihara Persekitaran Yang Bersih, Segar Dan Harmonis Demi Percambahan Minda

Monday, January 14, 2008


Sebagai pembuka bicara, sekalung tahniah kepada En. Rosli b. Mohamed selaku blogmaster Blog SMK Raja Sakti kerana berjaya meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah dengan berjaya menghasilkan blog Rasmi SMK Raja Sakti . Saya yakin dan percaya melalui penerbitan laman blog ini selain daripada memaparkan segala perancangan, aktiviti dan program Kurikulum , hal ehwal pelajar dan Kokurikulum sekolah, pelajar-pelajar juga turut berpeluang mengasah bakat dan kebolehan secara interaktif , kreatif dan juga ilmiah menerusi laman blog ini.

SMK Raja Sakti seperti mana institusi pendidikan lain di negara ini, merupakan satu wadah memperkasakan pendidikan yang bermatlamatkan pembangunan rohani dan jasmani insan sejagat. Sesungguhnya proses bagi membina golongan yang bersahsiah dan berdisilin bukannya satu perkara yang mudah , sekiranya tidak dilakukan dari peringkat akar umbi lagi. Justeru, pelajar haruslah bersedia untuk memperlengkapkan diri dengan merebut segala peluang yang ada bagi menjana potensi masing-masing secara maksimum. Sebagai pelajar yang berketrampilan dan berwibawa, mereka tidak seharusnya cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah sahaja, bahkan berupaya menyerlahkan bakat serta mampu meyumbangkan idea secara kritis dan inovatif kearah pencapaian sesuatu matlamat, selaras visi sekolah “ SMK RAJA SAKTI MENUJU KECEMERLANGAN”

Sesungguhnya masa depan warisan negara amat bergantung kepada pendokong wawasan kita pada hari ini. Kecemerlangan pendidikan ditentukan oleh kesepaduan dan jalinan usaha berterusan serta iltizam yang menyeluruh di kalangan seluruh warga SMKRS . Justeru budaya ikram dan semangat kerja berpasukan serta permaufakatan yang harmoni pastinya menjadi agenda utama dalam merealisasikan reformasi pendidikan dalam menggapai kegemilangan khususnya pada zaman alaf baru ini yang berpaksikan kecanggihan teknologi maklumat dalam era globalisasi.

Akhir kata , saya menaruh keyakinan bahawa menerusi penerbitan laman blog SMK Raja Sakti ini mampu melahirkan secara tidak langsung “permaufakatan digital” semua warga pendidik, PIBG, masyarakat dan para pelajar sekolah. Dan ini pasti mampu menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang selaras dengan matlamat dan cita-cita membina negara ini sebagai sebuah negara maju yang seimbang dan mampu bersaing di peringkat global.
WASSALAM


(TN. HJ. KAMARUL ZAMAN B. BAUD)
Pengetua SMK. Raja Sakti

Tuesday, January 1, 2008

LAGU SEKOLAH

Sakti Gemilang


Megah Di Tanah Ibunda
Raja Sakti Harapan Negara
Di Sinilah Ilmu,
Dipupuk Dicari
Bersama Menabur Bakti


Sekolah Yang Penuh Berjasa
Penyambung Warisan Bangsa
Namamu Gemilang,
Sentiasa Dikenang
Penjana Insan Yang Gemilang


Ilmu, Iman Dan Amal
Jadi Pegangan Kami
Berbaktilah
Berjasalah
Wahai Putera Puteri Raja Sakti


Ibubapa Kami Sayangi
Para Guru Kami Taati
Ya Allah… Pandulah Kami
Ke Jalan Yang Engkau Redhai

Sekolah Raja Sakti GemilangAlign Center

TAKWIM

TAKWIM

SEJARAH PENUBUHAN SMK. RAJA SAKTI

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti telah dibuka pada 01 Januari 1965 dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Mentuan dengan pengajaran diadakan pad a sesi petang.Seramai 99 orang murid sulung telah mendaftar di tingkatan satu dan ditempatkan di empat buah kelas.Guru Besar yang pertama ialah Tn. Hj.Chik bin Putih dengan dibantu oleh empat orang guru penolong.Pengurus bersama sekolah ini ialah Tn. Hj.Nik Hassan b. Ibrahim.

Pembinaan sekolah ini siap pada penghujung tahun 1970 dengan dua blok bangunan sekolah dan satu blok bangunan kantin di kawasan seluas 12.25 ekar di pekan Kedai Lalat kira-kira 10 kilometer dari Bandar Kota Bharu.Perasmian bangunan baru ini dilakukan pada 05 Julai 1974 oleh YB.Tn. Hj. Mohammad b.Yaacob, Menteri Pelajaran ketika itu.

Pada awalnya SMK.Raja Sakti dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kedai Lalat sempena dengan kedudukan sekolah yang terletak di kawasan Kedai Lalat.Pada permulaan operasinya (1965) sekolah ini diberi taraf gred C.Tingkatan empat mula dibuka pada 01 Januari 1978 dan serentak dengan itu nama Sekolah Menengah Rendah Kedai Lalat telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Kedai Lalat kemudian dinaikkan taraf ke gred B. Selepas itu,nama sekolah ini ditukar sekali lagi dengan nama Sekolah Menengah Raja Sakti kerana mengambil sempena nama Raja Sakti pengasas Kerajaan Jembal yang memerintah negeri Kelantan antara tahun 1636 hingga 1721 M.

Upacara perasmian nama baru sekolah ini dilakukan pada 12 Mei 1983 oleh YBM. Tengku Razaleigh Hamzah,Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu .Seterusnya pada 01 Januari 1995,Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti telah dinaikkan taraf ke gred A.

Sepanjang penubuhan sekolah ini ,seramai 13 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Pengetua sekarang ialah Tn. Hj. Kamarul Zaman bin Daud yang mula berkhidmat di sekolah ini pada kira-kira awal tahun 2006 .

SMK.Raja Sakti menerima pelajar dari sekolah-sekolah salurannya iaitu:

Sekolah Kebangsaan Cica Menyabong .

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat

Sekolah Kebangsaan Raja Bahar .

Sekolah Kebangsaan Sering

Sekolah Kebangsaan Mentuan

VISI DAN MISI

KONSEP DAN FALSAFAH PENGURUSAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA SAKTI

================================================
MISI

MEMBERI PENDIDIKAN YANG MENYELURUH BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI MELALUI PENDEKATAN YANG BERSEPADU SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


VISI

SMK RAJA SAKTI GEMILANG TAHUN 2010


MOTO

ILMU, IMAN DAN AMAL


MATLAMAT


1. Menyediakan perkhidmatan yang sistematik, telus dan berkualiti melalui
pengurusan dan pentadbiran sekolah yang efisien.

2. Mempertingkatkan kecemerlangan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti berteraskan teknologi maklumat.


3. Memupuk sahsiah pelajar yang seimbang dalam usaha membangunkan modal insan
yang gemilang.


4. Memantapkan kegiatan kokurikulum melalui penglibatan pelajar secara menyeluruh.

5. Mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang kondusif, ceria dan selamat.

NAMA GURU

Senarai Nama Guru 2009

LENCANA SEKOLAH


TAFSIRAN WARNA-WARNA PADA LENCANA SEKOLAH

MERAH Lambang pelajar yang berani menghadapi cabaran. Ia membawa maksud bahawa keberanian adalah senjata penting untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan hidup. Pelajar juga mesti berani tampil ke depan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

PUTIH Melambangkan kesucian serta kebersihan. Ia bermaksud para pelajar mesti mengutamakan kesucian dan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan.

KUNING Lambang warna Diraja Jembal. Ia membawa erti bahawa para pelajar yang dihasilkan nanti merupakan individu yang taat kepada raja dan negara mereka.

HIJAU Lambang Kedaulatan Islam

TAFSIRAN LAMBANG LENCANA SEKOLAH

BULAN DAN BINTANG Lambang Keagungan Islam

SEPARUH BULATAN BERSEGI Pembentukan Minda Yang Berteknologi. Ia juga membawa maksud bahawa Sek. Men. Keb Raja Sakti bersedia untuk memberi kemahiran teknologi kepada para pelajarnya.

BUKU Melambangkan bahawa buku adalah wahana penting untuk menimba ilmu pengetahuan

BULATAN BERTAUT Kerjasama Dan Perpaduan. Ia juga membawa maksud tekad serta semangat yang tinggi para pelajar untuk datang ke sekolah, belajar dan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk memajukan diri bagi menghadapi masa depan mereka.

KERIS melambangkan Warisan Raja Jembal