INFO TERKINI KPM

Wednesday, October 27, 2010

SYABAS DAN TAHNIAH


Semua warga SMK Raja Sakti sekali lagi menzahirkan ucapan tahniah dan syabas di atas perlantikan En. Wan Husin Wan Yusoff untuk menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Raja Sakti. Perlantikan ini adalah untuk mengisi kekosongan Tn. Hj. Mat Zain Mahmood yang telah dilantik sebagai pengetua di SMK Tanjung Chat.

Perlantikan beliau ini boleh dianggap sebagai sireh pulang ke gagang, kerana Beliau yang pada dahulu nya adalah merupakan mantan guru penolong, Guru kanan Bahasa , PK kokurikulum yang telah berkhidmat sekian lama di SMK Raja Sakti . Beliau yang dikenali sebagai seorang komited kepada tugas, sekali lagi telah diberikan kepecayaan oleh JPN Kelantan untuk dilantik sebagai Penolong Kanan HEM di SMK Pengkalan Chepa 1.

Majlis sambutan kedatangan beliau di SMK Raja Sakti akan diadakan pada hari isnin bermula pada jam 10 pagi. Semoga kehadiran beliau ini mampu mewujudkan momentum baru, di samping mencetus dan merealisikan visi dan misi SMK Raja Sakti kearah kecemerlangan
dalam terutamanya dalam bidang pentadbiran dan akademik .

Tuesday, October 19, 2010

PENUTUP KOKURIKULUM 2010



Pada 17 Oktober 2010 (Ahad), telah diadakan Majlis Penutup kokurikulum bagi sesi tahun 2010. Ia berlangsung di Dewan Sakti Gemilang SMK Raja Sakti. Upacara perasmian penutup bagi majlis ini a telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan pengetua, Hj Kamarul Zaman Daud. Sepanjang majlis tersebut berlangsung terdapat beberapa acara yang turut dipersembahkan, antaranya ialah persembahan pelajar dan anugerah kecemerlangan kokurikulum kepada pelajar dan guru yang terlibat. Majlis ini adalah bertujuan untuk menghargai sumbangan semua warga sekolah dalam menjayakan sebarang program kokurikulum sepanjang tahun 2010 di SMK Raja Sakti.

Wednesday, October 6, 2010

TAHNIAH DAN SYABAS


Semua warga SMK Raja Sakti, menzahirkan rasa penghargaan dan tahniah di Atas perlantikan mantan PK pentadbiran SMK Raja Sakti , Tn. Hj Mat Zain bin Mahmood yang telah dilantik secara rasminya oleh JPN Kelantan sebagai Pengetua bagi SMK Tanjung Chat. Sesungguhnya segala sumbangan dan bimbingan yang diberikan akan sentiasa dikenang dan menjadi pedoman kepada seluruh warga SMK Raja Sakti dalam usaha untuk terus memacu kecemerlangan dalam semua bidang. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan.

Tuesday, October 5, 2010

DOWNLOAD PAMPLET PROGRAM PENYAMPAIAN WANG EHSAN


Berasaskan kepada permintan ramai warga pendidik yang mahu menyiapkan pamplet bagi program Penyampaian Wang Ehsan , sila download di sini sampel pamplet berkenan. Sila edit maklumatnya berdasarkan kehendak majlis dan lokasi di mana ia di adakan. Sebarang kemusykilan sila hubungi En. Rosli Mohamed