Wednesday, December 23, 2009
Monday, November 16, 2009
VIDEO PERSARAAN
Hari ini telah diadakan Majlis Persaraan Tn. Hj. Yahya Mohamed, Guru Kanan Teknik Dan Vokasional . Malis tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Raja Sakti bermula jam 12.00 tengahari. Antara aktiviti yangdijalankan selain dari ucapan pengetua dan yang diraikan, ia jugga memaparkan slaid video ringkas yang mengimbas kembali senario sepanjang perkhidmatan Tn Hj Yahya di SMK Raja Sakti
Saturday, October 31, 2009
BUANG IKLAN cpxinteractive.com
Jika anda mengalami gangguan spy ware " cpxinteractive.com " apabila melayari blog ini . Di sini disediakan cara mengatasinya
1. To detect cpxinteractive.com cookie in Mozilla Firefox (FF)
1. From the Tools menu, select Options
2. In the upper section of the Options window, click Privacy
3. In the Cookies tab, click Show Cookies
4. In the Cookies window, enter cpxinteractive.com in the Search field and run a search, or you can scroll down the list to check whether the cpxinteractive.com cookie is present there
2. To detect cpxinteractive.com cookie in Internet Explorer (IE)
Internet Explorer 7 (IE7)
1. From the Tools menu, or the Tools list in the upper right section, select Internet Options
2. Under Browsing History, click Settings
3. Click View Objects or View Files
4. Check if for the cpxinteractive.com cookie is present on the list
Sunday, August 23, 2009
SMK RAJA SAKTI JOHAN PERINGKAT NEGERI...


Buat kali ke dua SMK Raja sakti telah mencatatkan kejayaan gemilang apabila berjaya mempertahankan kejuaraan peringkat Negeri dalam Pertandingan laluLintas Shell yang berlangsung di di Litar Lalulintas Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR) Kelantan di Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Majlis penyampaian anugerah dan hadiah telah diadakan di Pejabat SUK Kota Bharu .Ia disempurnakan oleh EXCO kerajaan Negeri. En. Mohd Azhan Mokhtar selaku PK Kokurikulum SMK Raja Sakti yang mewakili Tuan Pengetua , telah menerima anugerah tersebut bagi pihak SMK Raja Sakti
Dengan kemenangan ini SMK Raja Raja sakti sekali lagi akan mewaili kelantan untuk menyertai pertandingan Lalu Lintas Shell Peringkat Kebangsan dan sekaligus mempertahan kejuaaran Peringkat Kebangsaan yang diraih pada tahun lepas . Kejohanan peringkat Kebangsaan ini dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan oktober 2009
Monday, August 17, 2009
BULETIN PUSAT AKSES (VERSI INTERNET)
Buletin ini muncul lagi dengan menyajikan topik-topik terkini berhubung dunia pengkomputeran dan juga ICT. Kriteria utamanya ialah bersaiz kecil, padat dan yang lebih menarik ialah ia juga diterbitkan dalam 2 versi, iaitu secara bercetak dan juga dalam versi online iaitu internet. Klik di sini untuk membacanya atau download bagi mencetaknya
Sunday, August 9, 2009
BENGKEL SUNTINGAN VIDEO

Satu bengkel Multimedia yang berasaskan penggunaan aplikasi Video Editing Sony Vegas telah diadakan selama 3 hari bermula 4 hingga 6 ogos 2009 bertempat di PKG Tapang. Seramai 35 orang guru dari sekolah Menengah dan rendah dalam kelompok PKG Tapang telah menghadiri dengan jayanya.SMK Raja Sakti telah diwakili oelh En. Rosli Mohamed.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas tentang bagaimana untuk menghasilkan video yang berkonsepkan album video sekolah sebagai memenuhi aspirasi pendidikan sekarang yang berorieantasikan ICT dan penyimpanan data interaktif secara digital. video yan hasilkan ini sebenarnya boleh pula dikongsikan secara maya menerusi laman web apabila ia akan dipublishkan.
Sememangnya kursus benar-benar bermanfaat apatah lagi apabila ia turut sesuai untuk dijadikan sebagai medium pengajaran kerana ia mampu memenuhi cita rasa para pelajar yang memerlukan da meminati pengajaran yang kreatif, inovatif serta menarik.
Thursday, July 2, 2009
SUNTIKAN MOTIVASI ....

Sebaik saja memulakan tugas sebagai PK Pentadbiran di SMK Raja Sakti, Tn. Hj. Mat Zain Mahmood telah memulakan langkah drastik dengan mengenalpasti beberapa strategi yang berkesan untuk memantapkan lagi kurikulum sekolah.
Antaranya ialah dengan mengadakan sesi turun padang mendekati para pelajar . Misi ini jelas dapat direalisasikan apabila beliau telah berkesempatan memberikan ceramah akademik khas kepada para pelajar yang bakal menduduki PMR 2009. Dalam sesi pertemuan tersebut, Selain dari memberikan penekanan berhubung aspek kurikulum, beliau juga telah memberikan tips-tips yang berkesan bagi pelajar untuk diimplementasikan dalam pembelajaran
Wednesday, July 1, 2009
Thursday, June 25, 2009
PESKO 2009
PESKO 2009 yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKRS yang bermula pada 23 hingga 25 Jun 2009 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini diadakan di Permai Beach Resort dan Majlis Penutupan Program berkenaan telah selamat disempurnakan pada hari ini oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Kamarul Zaman Daud. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak diatas sumbangan dam komitmen yang diberikan pada sepanjang program ini berlangsung
Wednesday, June 24, 2009
MAJLIS SAMBUTAN PK PENTADBIRAN BARU
Semoga dengan kehadiran Tn Hj Mat Zain Mahmood, ia mampu memberikan suntikan motivasi baru kepada semua warga SMK Raja Sakti bagi meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang kurikulum
Monday, June 15, 2009
KURSUS LDP KE - 2 2009
Kursus LDP kali yang ke 2 telah diadakan di PCB Resort pada 23 Mei yang lalu . Kursus ini bertemakan Pengurusan Headcount kearah kecemerlangan Akademik. Perasmiannya telah dilakukan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan, Tn. Hj. Mohd Adnan b. Mohd Noor. Semua warga staf akademik SMK Raja Sakti telah menghadirinya.
Wednesday, May 13, 2009
KURSUS LDP KALI PERTAMA 2009
Friday, May 8, 2009
SEMAKAN TINGKATAN 6 2009
Laman semakan ini khusus disediakan untuk para calon yang bakal menduduki tingkatan 6 Rendah di SMK Raja Sakti. Sesi Pendaftarannya bermula pada 11 May 2009. Antara subjek yang ditawarkan ialah Pengajian Am, Sejarah, geografi, PSV dan Bahasa Melayu.






























































