INFO TERKINI KPM

Monday, March 23, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008


SMk Raja Sakti mencatatkan kejayaan yang membanggakan dari segi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2008 yang keputusannya diumumkan baru-baru ini. Secara keseluruhannya jumlah pelajar yang memperolehi kecemerlangan adalah seramai 13 orang. Antara pencapaian tersebut ialah 2 orang pelajar telah memperolehi pencapaian 8 A dalam peperiksaan tersebut . Sementara selebihnya pula masing-masing memperolehi 5 A dan 6 A.

Pada hari keputusan peperiksaan itu diumumkan juga telah diadakan satu majlis khas bagi menghargai kejayaan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM 2008. Penghargaan yang berupa hadiah hamper itu telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Raja Sakti, Haji Kamarul Zaman Daud

2 Komen Pelawat:

Azmy Omar said...

Assalamualaikum,

Saya ucapkan syabas kpd En. Rosli Mohd kerana telah mewujudkan blog khas untuk SMK Raja Sakti.

Saya percaya saudara telah mencurahkan banyak masa terluang saudara semata-mata untuk membina blog ini. Orang yang ariff dlm bidang blog dan internet akan tahu betapa banyak masa untuk mewujudkan blog DAN lebih penting untuk mantain blog ini.

Saya diperkenalkan ke BLOG ini oleh saudara cikgu Ibrahim, guru baru bertukar ke SMK Sakti.. dari SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

Saya ialah bekas Penolong Kanan 1, sekolah tersebut. Sekarang saya sudah bersara.

Saudara Rosli boleh kunjungi fotoblog saya di:
http://adchmy.fotopages.com

Sekali lagi.. congratulations and keep it up!

Mr Rosli said...

tq la abe azmy..Blog ni sederhana aje..apa yang molek tu saya akan teruskan..memang dah bidang saya hal ict ni mau tal mau kena improve selalu kepakaran yang sedia ada...tq