INFO TERKINI KPM

Sunday, August 23, 2009

JOHAN PERINGKAT NEGERI

SMK Raja Sakti buat kali ke dua telah meraih Johan Peringkat negeri Kelatan dalam pertandingan lalu Lintas Shell 2009

Monday, August 17, 2009

BULETIN PUSAT AKSES (VERSI INTERNET)

Buletin ini muncul lagi dengan menyajikan topik-topik terkini berhubung dunia pengkomputeran dan juga ICT. Kriteria utamanya ialah bersaiz kecil, padat dan yang lebih menarik ialah ia juga diterbitkan dalam 2 versi, iaitu secara bercetak dan juga dalam versi online iaitu internet. Klik di sini untuk membacanya atau download bagi mencetaknya

PENUTUP KOKURIKULUM 2009

Sunday, August 9, 2009

BENGKEL SUNTINGAN VIDEO


Satu bengkel Multimedia yang berasaskan penggunaan aplikasi Video Editing Sony Vegas telah diadakan selama 3 hari bermula 4 hingga 6 ogos 2009 bertempat di PKG Tapang. Seramai 35 orang guru dari sekolah Menengah dan rendah dalam kelompok PKG Tapang telah menghadiri dengan jayanya.SMK Raja Sakti telah diwakili oelh En. Rosli Mohamed.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas tentang bagaimana untuk menghasilkan video yang berkonsepkan album video sekolah sebagai memenuhi aspirasi pendidikan sekarang yang berorieantasikan ICT dan penyimpanan data interaktif secara digital. video yan hasilkan ini sebenarnya boleh pula dikongsikan secara maya menerusi laman web apabila ia akan dipublishkan.

Sememangnya kursus benar-benar bermanfaat apatah lagi apabila ia turut sesuai untuk dijadikan sebagai medium pengajaran kerana ia mampu memenuhi cita rasa para pelajar yang memerlukan da meminati pengajaran yang kreatif, inovatif serta menarik.

SAMPEL KLIP VIDEO MENGGUNAKAN SONY VEGAS


Thursday, July 2, 2009

SUNTIKAN MOTIVASI ....


Sebaik saja memulakan tugas sebagai PK Pentadbiran di SMK Raja Sakti, Tn. Hj. Mat Zain Mahmood telah memulakan langkah drastik dengan mengenalpasti beberapa strategi yang berkesan untuk memantapkan lagi kurikulum sekolah.

Antaranya ialah dengan mengadakan sesi turun padang mendekati para pelajar . Misi ini jelas dapat direalisasikan apabila beliau telah berkesempatan memberikan ceramah akademik khas kepada para pelajar yang bakal menduduki PMR 2009. Dalam sesi pertemuan tersebut, Selain dari memberikan penekanan berhubung aspek kurikulum, beliau juga telah memberikan tips-tips yang berkesan bagi pelajar untuk diimplementasikan dalam pembelajaran

Wednesday, July 1, 2009

GOTONG ROYONG 2009

Wednesday, June 24, 2009

MAJLIS SAMBUTAN PK PENTADBIRAN BARU


Majlis sambutan kedatangan PK Pentadbiran baru ke SMK Raja Sakti telah diadakan pada hari ini. Tn Hj Mat Zain Mahmood yang sebelum ini berkhidmat sebagai PK Pentadbiran di SMK Kemumin telah ditempatkan di sini sebagai mengisi kekosongan jawatan PKP yang sebelum disandang oleh Tn. Hj Enche Ibrahim Ismail yang telah ditukarkan ke SMK Kok Lanas.

Semoga dengan kehadiran Tn Hj Mat Zain Mahmood, ia mampu memberikan suntikan motivasi baru kepada semua warga SMK Raja Sakti bagi meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang kurikulum

Monday, June 15, 2009

KURSUS LDP KE - 2 2009

Kursus LDP kali yang ke 2 telah diadakan di PCB Resort pada 23 Mei yang lalu . Kursus ini bertemakan Pengurusan Headcount kearah kecemerlangan Akademik. Perasmiannya telah dilakukan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kelantan, Tn. Hj. Mohd Adnan b. Mohd Noor. Semua warga staf akademik SMK Raja Sakti telah menghadirinya.

Saturday, May 16, 2009

PENUTUP BULAN BAHASA 2009

Wednesday, May 13, 2009

KURSUS LDP KALI PERTAMA 2009

Kursus LDP kali Pertama bagi sesi tahun 2009 akan diadakan di SMK Raja Sakti pada 16 Mei 2009. Ia bertemakan kepada perkara mengenai Pengurusan dan Pelupusan Stok.



Friday, May 8, 2009

SEMAKAN TINGKATAN 6 2009



Laman semakan ini khusus disediakan untuk para calon yang bakal menduduki tingkatan 6 Rendah di SMK Raja Sakti. Sesi Pendaftarannya bermula pada 11 May 2009. Antara subjek yang ditawarkan ialah Pengajian Am, Sejarah, geografi, PSV dan Bahasa Melayu.

Saturday, May 2, 2009

MESYUARAT PIBG 2009





Program : Mesyuarat PIBG kali ke - 34 (2009)
Tarikh : 2 Mei 2009
Tempat : Dewan Terbuka SMK Raja Sakti
Perasmian : YBhg. En. Dali Husin
(Ketua UMN
O Bahagian Pengkalan Chepa)

Sunday, April 26, 2009

PUSAT AKSES: MAKLUMAT DI HUJUNG JARI..



Dunia pendidikan tidak sunyi dari menghadapi 10001 macam perubahan. Dalam dekad yang dikenali dunia tanpa sempadan atau borderless world ini. penggunaan teknogi ICT khususnya internet tidak boleh dinafkan sama sekali sebagai medium yang paling penting bagi mendapatkan maklumat global.. Kewujudan Pusat Akses di SMK Sakti merupakan satu platform yang terbaik bagi merealitikan apa yang dikatakan sebagai mendapatkan "maklumat dihujung jari".

Di Pusat Akses inilah para pelajar boleh mengakses pelbagai maklumat. Mengikuti pembelajaran bestari dan interaktif. Mencuba perkhidmatan online, berurusan secara online dengan rakan-rakan yang berada di lokasi yang berbeza, dan bertukar-tukar idea menerusi sidang video yang disediakan.

Sebagai menambahkan lagi bahan-bahan pembelajaran , dengan bantuan guru pembimbing, pelajar akan diajar tentang prosedur membina blog peribadi sebagai asas bagi membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka dalam blog peribadi secara lebih meluas dan sistematik. Dalam blog peribadi berkenaan akan dilengkapkan info-info peribadi, peristiwa-peristiwa semasa dan juga maklumat pendidikan. Ini sekaligus dapat juga dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar lain bagi tujuan melengkapkan lagi maklumat yang sedia ada.

Tuesday, March 31, 2009

PANDUAN STS

Ini merupakan sebahagian panduan penggunaan STS yang perlu diketahui oleh Guru Penyelaras Bestari sekolah bagi membuat laporan berhubung sebarang kerosakan peralatan ICT di sekolah

Monday, March 30, 2009

SUKAN 2009