INFO TERKINI KPM

Wednesday, February 25, 2009

PROGRAM RUNDING CARA IBU-BAPA DAN GURU 2009

Program Runding Cara Ibu Bapa Bersama Guru Tingkatan 5 telah selamat diadakan di SMK Raja Sakti, pada sabtu 22/2/2009 baru-baru ini . Majlis itu diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, permuafakatan dan persefahaman di kalangan warga guru SMK Raja Sakti dengan ibu-bapa pelajar tingkatan 5.

Majlis tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan ia dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Razali Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu (Kurikulum) . Di samping itu juga, Yang DiPertua PIBG, Tn Zulkifli Dollah, Tuan Pengetua, Haji Kamarul Zaman Daud dan sebilangan besar Guru-guru Tingkatan 5 SMK Raja Sakti turut hadir bersama dalam majlis ini.

Secara umumnya sambutan yang diberikan oleh para guru dan ibu bapa dalam menjayakan majlis tersebut sungguh menggalakkan. Di harapkan dengan adanya program yang bermanfaat besar seumpama ini, secara tidak langsung ia dapat membantu dari segi psikologinya kearah peningkatan prestasi pencapaian akademik para pelajar khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2009 nanti .

Monday, February 23, 2009

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2009


Pada 19.2. 2009. SMK Raja Sakti telah mengadakan Program Pelancaran Program Kecemerlangan Akademik bagi sesi tahun 2009 . Program ini dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan Akademik SMK Raja Sakti. Ia dianjurkan bertujuam kearah meningkatkan prestasi akademik para pelajar yang khususnya akan bakal menghadapi Peperiksaan PMR dan SPM 2009.

Majlis ini dilancarkan dan seterusnya dirasmikan oleh Pengetua SMK Raja Sakti, Tuan Hj Kamarul Zaman Daud. Semua pelajar tingkatan tiga dan lima bersama dengan guru mata pelajaran untuk hadir bersama dalam menjayakan majlis ini

Sunday, February 22, 2009


Info di atas akan diupdate semula.....

Friday, February 20, 2009

SMK RAJA SAKTI BERWAJAH BARU

Bermula sesi persekolahan 2009 , SMK Raja Sakti telah melakukan beberapa perubahan drastik bukan sahaja dari segi misi dan visinya , perancangan akademik dan kokurikulum, malahan juga dari segi pembangunan fizikalnya. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan interaktif yang boleh menjadi pemangkin kearah peningkatan motivasi pembelajaran dan pengajaran di kalangan semua warga SMK Raja Sakti itu sendiri

Di samping itu juga, sebagai tidak mahu ketinggalan, sesuai dengan arus globalisai yang berorientasikan teknologi internet, psarana yang berasaskan ICT ini juga di buat penambahbaikan, dengan menambahkan lagi kemudahan capaian akses internet (Acces Point) secara wireless .Dimana ianya boleh dicapai dengan mudah serta segera, di mana-mana, khasnya di beberapa lokasi bilik yang strategik, bermula di semua bilik pentadbir dan pejabat, sehingga di bilik-bilik khas seperti bilik Kokurikulum, Unit Peperiksaan, Guru-guru kanan, bilik mesyuarat dan sebagainya. Semua ini disediakan untuk menjadikan semua warga SMK Raja Sakti agar lebih bermaklumat dan dia sentiasa sensitif dan kritikal dengan apa jua isu yang berlaku.



Peluang akses internet yang disediakan ini sama sekali juga tidak dilepaskan untuk dimanfaatkan. Dalam hal ini, Pusat Akses Internet SMK Raja Sakti juga memainkan peranan yang aktif kearah merealitikan hasrat untuk membudayakan seluruh warga pelajar khususnya agar celik ICT dan menggunakan segala kemudaan yang disediakan di situ secara lebih optimum bagi mendapat maklumat-maklumat pendidikan khususnya.



Thursday, October 9, 2008

MAJLIS PENUTUP KOKURIKULUM 200B

Unit Kokurikulum SMK Raja Sakti akan mengadakan Majlis Penutup Kokurikulum pada 28 Oktober, 2008, bermula pada jam 8.30 pagi. Majlis berkenaan dijangka dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, YABrs Tn. Hj. Mohd. Ghazali Ab. Rahman.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang majlis tersebut berlangsung, antaranya penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar yang telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum sekolah sepanjang tahun 2008, persembahan pelajar, pameran kraftangan dan gerai jualan.





Wednesday, August 20, 2008

FOTO PERISTIWA


SENARIO KURSUS LDP KE - 4



Friday, August 15, 2008

KEM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Panitia Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Raja Sakti, telah menganjurkan satu Program perkhemahan pelajar yang diadakan di Gelora Beach Resort, Bachok, Kelantan. Ia berlangsung selama 2 hari bermula pada 14 ogos 2008. Program ini diadakan sebagai memenuhi perancangan tahunan Panitia matapelajaran berkenaan .

Seramai 100 orang pelajar dari Tingkatan 1 terlibat menjayakan program tersebut, di samping 6 orang guru yang bertindak selaku Urusetia dan Fasilitator. Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Raja Sakti, Tn. Hj. Kamarul Zaman b. Daud

Sunday, August 3, 2008

SEMAK JADUAL PEPERIKSAAN PTK

Saturday, August 2, 2008

Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri eGTukar

Berita baik untuk guru-guru. Semakan keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dilakukan sekarang dengan menggunakan Sistem Pertukaran Guru - eGTukar dengan klik di sini.


Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan laman Web Interaktif (EDUWEBTV) yang bermanfaat bagi kegunaan guru dan murid bagi menambah-baikkan mutu dan kualiti p&P di negara ini. Sila klik gambar di atas untuk capaian ke laman web tersebut.

Monday, July 28, 2008

PEMANTAUAN LDP DI SMK RAJA SAKTI

Pegawai-Pegawai dari Sektor Akademik telah menjalankan Pemantauan LDP ke PPD dan Sekolah-Sekolah PTJ (Pusat Tanggungjawab) dan baru-baru ini sempat berkunjung ke SMK Raja Sakti . Antaranya ialah En. Md. Yusoff b Hassan, En. Mat Nawi b Wahid dan Hj Nordin bin Ibrahim. Pemantauan ini bertujuan untuk memantau aktiviti dan sistem fail LDP. Klik di sini untuk maklumat lanjut

Thursday, July 17, 2008

GOTONG ROYONG 2008


Tuesday, July 15, 2008

PERKAMPUNGAN PMR DAN SPM 2008

Unit Kecemerlangan SMK Raja Sakti telah mengadakan program Perkampungan PMR dan SPM' yang melibatkan calon-calon peperiksaan berkenaan bagi sesi tahun 2008 . Program ini merupakan sebahagian dari perancangan tahunan SMK Raja sakti, kearah peningkatan prestasi pencapaian peperiksaan PMR dan SPM 2008. Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 3 julai dan dijangka berakhir pada 5 julai 2008