INFO TERKINI KPM
Friday, August 6, 2010
Saturday, July 31, 2010
PROGRAM GOTONG ROYONG 2010
Pada pagi tadi berlangsung program gotong royong membersihkan kawasan Masjid Kota Jembal yang lokasinya berhampiran dengan SMK Raja Sakti. Proram ini adalah dianjurkan oleh Panitia Sivik dan kewarganegaraan sebagai memenuhi perancangan program Tahunan panitia berkenaaan.
Seramai 150 pelajar terlibat secara langsung dalam program berkenaan. Tujuan lain diadakan program seumpama ini adalah untuk menyemai rasa tanggungjawab dan membina sikap keperihatinan para pelajar terhadap kebersihan dan penjagaan alam sekitar.
Perasmian program ini dilakukan oleh GKB, Tn Hj Mohd Nasir yang mewakili GKSS, Eb. Ghazali yang tidak dapat hadir. Beberapa orang guru turut hadir dalam program ini, iaitu Tn Hj Meli Deramat (Ketua Panitia), En. Nik nasaruddin Yahya (GKTV), En. Rosli Mohamed dan beberapa orang yang lain
Monday, July 26, 2010
KEM KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2010


Selepas kejayaan beberapa siri program kecemerlangan akademik yang telah diadakan pada sebelum ini, ,sekali lagi SMK Raja Sakti mengorak langkah ke hadapan demi untuk melonjak dan meneruskan tradisi kecemerlangan . Kali ini ialah menerusi inisiatif unit Kecemerlangan SPM yang diterajui oleh GKB, En. Mohd Nasir , iaitu dengan mengadakan siri bengkel pembelajaran yang memfokuskan kepada subjek yang dianggap kritikal bagi peperiksaan SPM 2010. Program ini yang melibatkan penyertaan semua pelajar dan guru Tingkatan 5 , berjalan selama seminggu iaitu bermula pada 25 hingga 29 julai dan bertempat di Dewan Sri Sakti.
Unit Kecemerlangan PMR SMK Raja Sakti telah mengadakan Kem Kecemerlangan Akademik bagi calon-calon pelajar pelajar yang bakal menduduki PMR pada tahun ini. seramai 70 pelajar tingkatan 3 telah menyertai program yang di adakan di Pondok Moden Jeli Kelantan . Ia berjalan selama 3 hari 2 malam bermula 20 hingga 22 julai. Ia dikendalikan oleh GKTV En. Nik Nasarudin Yahya, Mohd Nordin Darus (SU Kecemerlangan PMR) , guru matapelajaran yang berkaitan dan para kaunselor .
Pada sebelum ini program seumpama ini juga telah diadakan iaitu di Gelora Beach resort, Bachok. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini ia akan membuka minda pelajar dan mencetuskan idea dan alternatif baru bagi memboleh pelajar mencapai kecemerlangan dalam PMR nanti
Monday, May 17, 2010
Sunday, May 16, 2010
Thursday, May 6, 2010
TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS
Tahniah diucapkan kepada Tn.Haji Hussain Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 April 2010 bagi menggantikan Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab.Rahman, Mantan Pengarah Pelajaran Kelantan yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
Pelantikan Tn.Hj.Hussain Awang sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru juga diibaratkan 'sirih pulang ke gagang' kerana sebelum ini beliau merupakan mantan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Kelantan sebelum bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah KPM. Sebagai seorang bekas pendidik, pengetua, pegawai pelajaran daerah dan terakhir ketua sektor di JPN Kelantan, beliau diyakini mampu membawa kecemerlangan yang lebih melonjak untuk pendidikan negeri Kelantan.
Tn. Hj. Hussain Awang yang terkenal sebagai seorang yang gigih bekerja dan mesra dengan semua orang, namum mempunyai ketegasan yang tersendiri sememangnya layak memimpin warga pendidikan seluruh Kelantan bagi mencapai kecemerlangan yang telah diteruskan oleh Mantan Pengarah Pelajaran Kelantan sebelum ini. Sebelum itu, dalam ucapannya di Majlis Penyerahan Tugas baru-baru ini, beliau meminta semua warga pendidikan JPN Kelantan, PPD, pentadbir sekolah dan guru-guru agar memberi kerjasama yang padu kepada beliau dan bersama-sama memberi komitmen tinggi bagi menjayakan agenda pendidikan negeri Kelantan.
Apa tanda si batang tebu
Batang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu tinggi budinya
Selain itu, ucapan tahniah juga disampaikan kepada YBhg Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab. Rahman, mantan Pengarah Pelajaran yang telah dianugerahkan Pingat Darjah Setia Mahkota yang membawa gelaran Dato' oleh YTM Pemangku Sultan Kelantan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan baru-baru ini.
Sesungguhnya dengan penganugerahan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan bukan sahaja kepada Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab Rahman, tetapi turut dikongsi bersama oleh seluruh warga pendidikan negeri Kelantan. Penganugerahan itu juga sebagai satu pengikhtirafan kepada beliau yang telah banyak menyumbang bakti dan jasa menaikkan kecemerlangan pendidikan negeri Kelantan.
"Akar keladi melilit selasih,
selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Wednesday, April 14, 2010
MANFAATKAN EDUWEB TV

Selaras Dengan Perkembangan ICT Terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Telah Mengorak Langkah Untuk Menyiarkan TV Pendidikan Melalui Internet. Siaran TV Pendidikan Yang Sebelum Ini Dipancarkan Melalui Saluran Televisyen Terestrial kini Disalurkan Melalui Internet . Usaha Ini Adalah Sejajar Dengan Usaha KPM Untuk Merapatkan Jurang Digital Dalam Bidang Pendidikan.
Web TV KPM Yang Dikenali Sebagai EduwebTV Telah Dimulakan Pada 1 Mac 2008, Boleh Diakses Oleh Umum Melalui Portal www.eduwebtv.com Pada Bila-bila Masa Dan Di Mana-mana Sahaja. Pada Masa Ini Kandungan EduWebTV Mencakupi Pelbagai Bidang yang boleh Diakses Melalui Lapan Saluran Iaitu Berita, Akademik, Wawancara, Rencana, Kurikulum, Interaktif, Siaran Langsung, Dan Panduan.
Tuesday, April 13, 2010
PEMANTAUAN ICT DAN PSS

Minggu lepas SMK Raja Sakti telah dikunjungi skuad pemantau dari PKG Tapang (wakil Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri kelantan. Matlamatnya adalah untuk memberikan khidmat bantu yang sesuai bagi meningkatkan lagii tahapkeberkesanan pengurusan ICT dan PSS sekolah
Sepanjang kunjungan tersebut , tinjauan telah dilakukan berhubung dengan aspek pengurusan ICT dan Pusat Sumber Sekolah. Semakan telah dilakukan berhubung pengurusan fail, Status kemaskini data peralatan ICT, status penggunaan peralatan ICT, penggunaan Makmal Komputer dan Pusat Akses .Di samping itu, pengisian Data pemantauan Online SSQS, SPPICTS dan SSTS juga diberikan penekanan.
Mengenai Kewujudan laman Blog SMK Raja Sakti pula, ianya mendapat penilaian yang positif, kerana sebahagian besar elemen yang terkandung dalamnya adalah sesuai bagi kegunaan semua warga pendidik dan pelajar.
PERINGATAN-PENGISIAN DATA SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT ( SPPICTS ) SECARA ONLINE
TINDAKAN
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
(U.P : GURU PENYELARAS BESTARI/ GURU ICT / JURUTEKNIK FT17
BUTIRAN
BERDASARKAN SURAT ARAHAN KPM, KUTIPAN DATA SECARA ONLINE DENGAN MELALUI SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICT) AKAN DILAKSANAKAN SEBANYAK 3 KALI SEBAGAI BERIKUT:-
21 MAC - 09 APRIL 2010
20 JUN - 09 JULAI 2010
19 SEPTEMBER - 08 OKTOBER 2010
SEMUA SEKOLAH DIMINTA MENGEMASKINI MAKLUMAT ICT TERSEBUT MENGIKUT TEMPOH YANG TELAH DITETAPKAN. DATA KUTIPAN INI AKAN DIGUNAKAN OLEH KPM DALAM MELIHAT PENGGUNAAN PERALATAN ICT OLEH PIHAK SEKOLAH.
AKSES SISTEM INI MELALUI URL :
http://ssqs.moe.edu.my
http://pnp.moe.edu.my
BAGI SEBARANG PERMASALAHAN, SILA HUBUNGI PEGAWAI PKG ZON TUAN/PUAN.
Monday, March 29, 2010
SUKAN 2010 - DLM PROSES EDIT DAN UPDATE
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SMK Raja Sakti tahun 2010 kali yang ke 39 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari bermula 28 hingga 29 mac 2010. Ia telah mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan komitmen di kalangan semua warga SMK Raja Sakti pada secara keseluruhannya.
Upacara perasmian KOT ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Yahaya B Hj Md Riffin iaitu Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu.
Monday, March 15, 2010
KELAS BIMBINGAN ICT FASA 1
Kelas Bimbingan ICT bagi sesi tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya di Makmal Komputer SMK Raja Sakti pada pagi tadi. Ia bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas bimbingan ini merupakan Fasa Pertama yang memperlihatkan penglibatan seramai 20 orang pelajar tingkatan 1 dan 2. fasa-fasa pelaksanaan kelas Bimbingan ICT ini yang berikutnya , akan diadakan mengikut perancangan yang pun di susun sepanjang tahun ini.
Kelas bimbingan ini bermatlamatkan untuk menjadikan ICT sebagai sebahagian dari cabang kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Meningkatkan kecekapan dan minat menggunakan aplikasi komputer . Di samping mendedahkan rahsia dan Tips penggunaan aplikasi Ms Office, komponen komputer dan internet. Kesemua ini penting dan secara tidak langsung ia diharapkan akan dapat membantu pembelajaran para pelajar. Kelas bimbingan ini dikendalikan oleh
En. Rosli Mohamed yang juga merupakan Penyelaras Besatsti ICT SMK Raja Sakti
Saturday, March 13, 2010
Sunday, February 14, 2010
KELAS BIMBINGAN ICT UNTUK PELAJAR
Sukacita dimaklumkan Unit ICT SMK Raja Sakti akan mengadakan Kelas Bimbingan ICT secara percuma kepada para pelajar.Maklumatnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 15 MAC 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.30 - 12 .00 tengahri
Tempat: Makmal Komputer
Had Bilangan peserta: 20 orang
PELAKSANAAN
Kelas Bimbingan ini diadakan mengandungi 3 FASA. Fasa pertama kursus ini diadakan khusus kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja . Fasa yang berikutnya akan menyusul dengan kursus yang bakal ditawarkan pula kepada pelajar Tingkatan 4 dan 6 Rendah (Program untuk Pelajar Kelas peperiksaan PMR dan SPM akan dilaksanakan mengikut keperluan)
MATLAMAT
Bermatlamatkan untuk menjadikan ICT sebagai sebahagian dari cabang kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Meningkatkan kecekapan dan minat menggunakan aplikasi komputer . Di samping mendedahkan rahsia dan Tips penggunaan aplikasi Ms Office, komponen komputer dan internet. Kesemua ini penting dan secara tidak langsung ia diharapkan akan dapat membantu pembelajaran para pelajar.
Wednesday, February 10, 2010
LARIAN MERENTAS DESA 2010
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
Subscribe to:
Posts (Atom)



























