INFO TERKINI KPM
Friday, January 22, 2010
Saturday, January 16, 2010
Friday, January 15, 2010
UCAPAN TAHNIAH
Tahniah dan selamat bertugas di SMK Raja Sakti diucapkan pada En. Che Ghazali Ismail dan En. Nik Nasaruddin Yahya yang telah dilantik menjadi Guru Kanan Sains Sosial dan Guru kanan Teknik Vokasional (GKTV) bagi bermula sesi tahun 2010 .
Semoga perlantikan ini akan memberikan suntikan baru kearah meningkatkan pencapaian akademik yang lebih cemerlang khususnya pencapaian semua subjek di bawah Jabatan masing-masing
Thursday, January 14, 2010
TAKLIMAT ICT
Satu taklimat khas ICT telah diberikan di Dewan Terbuka SMK Raja Sakti baru-baru ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Penyelaras Bestari, En. Rosli Mohamed kepada kepada sekumpulan pelajar Tingkatan 1 dan 4 yang sedang mengikuti kusus SUAIKENAL bagi sesi 2010 .
Antara isu penting dalam taklimat tersebut ialah beliau telah menerangkan tentang senario iCT di sekolah di samping kepentingan penggunaan ICT dalam pendidikan dalam menempuhi cabaran zaman globalisasi . Para pelajar juga turut diterangkan apakah persiapan asas dan strategi yang harus dilakukan oleh pelajar dalam merealisasikan ICT sebagai platform terbaik yang membolehkan kecermlangan akademik dapat dicapai.
Tidak ketinggalan, beliau juga turut mengupas tentang Produk-produk baru ICT, kemunculan teknologi baru ICT dan langkah penjagaan keselamatan komputer untuk membebaskannya dari acaman global umpamanya, Hackers, serangan virus, trojan, spyware dan malware .
Wednesday, December 23, 2009
Monday, November 16, 2009
VIDEO PERSARAAN
Hari ini telah diadakan Majlis Persaraan Tn. Hj. Yahya Mohamed, Guru Kanan Teknik Dan Vokasional . Malis tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Raja Sakti bermula jam 12.00 tengahari. Antara aktiviti yangdijalankan selain dari ucapan pengetua dan yang diraikan, ia jugga memaparkan slaid video ringkas yang mengimbas kembali senario sepanjang perkhidmatan Tn Hj Yahya di SMK Raja Sakti
Saturday, October 31, 2009
BUANG IKLAN cpxinteractive.com
Jika anda mengalami gangguan spy ware " cpxinteractive.com " apabila melayari blog ini . Di sini disediakan cara mengatasinya
1. To detect cpxinteractive.com cookie in Mozilla Firefox (FF)
1. From the Tools menu, select Options
2. In the upper section of the Options window, click Privacy
3. In the Cookies tab, click Show Cookies
4. In the Cookies window, enter cpxinteractive.com in the Search field and run a search, or you can scroll down the list to check whether the cpxinteractive.com cookie is present there
2. To detect cpxinteractive.com cookie in Internet Explorer (IE)
Internet Explorer 7 (IE7)
1. From the Tools menu, or the Tools list in the upper right section, select Internet Options
2. Under Browsing History, click Settings
3. Click View Objects or View Files
4. Check if for the cpxinteractive.com cookie is present on the list
Friday, September 25, 2009
Sunday, August 23, 2009
JOHAN PERINGKAT NEGERI
Monday, August 17, 2009
BULETIN PUSAT AKSES (VERSI INTERNET)
Buletin ini muncul lagi dengan menyajikan topik-topik terkini berhubung dunia pengkomputeran dan juga ICT. Kriteria utamanya ialah bersaiz kecil, padat dan yang lebih menarik ialah ia juga diterbitkan dalam 2 versi, iaitu secara bercetak dan juga dalam versi online iaitu internet. Klik di sini untuk membacanya atau download bagi mencetaknya
Sunday, August 9, 2009
BENGKEL SUNTINGAN VIDEO

Satu bengkel Multimedia yang berasaskan penggunaan aplikasi Video Editing Sony Vegas telah diadakan selama 3 hari bermula 4 hingga 6 ogos 2009 bertempat di PKG Tapang. Seramai 35 orang guru dari sekolah Menengah dan rendah dalam kelompok PKG Tapang telah menghadiri dengan jayanya.SMK Raja Sakti telah diwakili oelh En. Rosli Mohamed.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas tentang bagaimana untuk menghasilkan video yang berkonsepkan album video sekolah sebagai memenuhi aspirasi pendidikan sekarang yang berorieantasikan ICT dan penyimpanan data interaktif secara digital. video yan hasilkan ini sebenarnya boleh pula dikongsikan secara maya menerusi laman web apabila ia akan dipublishkan.
Sememangnya kursus benar-benar bermanfaat apatah lagi apabila ia turut sesuai untuk dijadikan sebagai medium pengajaran kerana ia mampu memenuhi cita rasa para pelajar yang memerlukan da meminati pengajaran yang kreatif, inovatif serta menarik.
Thursday, July 2, 2009
SUNTIKAN MOTIVASI ....

Sebaik saja memulakan tugas sebagai PK Pentadbiran di SMK Raja Sakti, Tn. Hj. Mat Zain Mahmood telah memulakan langkah drastik dengan mengenalpasti beberapa strategi yang berkesan untuk memantapkan lagi kurikulum sekolah.
Antaranya ialah dengan mengadakan sesi turun padang mendekati para pelajar . Misi ini jelas dapat direalisasikan apabila beliau telah berkesempatan memberikan ceramah akademik khas kepada para pelajar yang bakal menduduki PMR 2009. Dalam sesi pertemuan tersebut, Selain dari memberikan penekanan berhubung aspek kurikulum, beliau juga telah memberikan tips-tips yang berkesan bagi pelajar untuk diimplementasikan dalam pembelajaran

























