INFO TERKINI KPM

Saturday, July 31, 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG 2010

Pada pagi tadi berlangsung program gotong royong membersihkan kawasan Masjid Kota Jembal yang lokasinya berhampiran dengan SMK Raja Sakti. Proram ini adalah dianjurkan oleh Panitia Sivik dan kewarganegaraan sebagai memenuhi perancangan program Tahunan panitia berkenaaan.

Seramai 150 pelajar terlibat secara langsung dalam program berkenaan. Tujuan lain diadakan program seumpama ini adalah untuk menyemai rasa tanggungjawab dan membina sikap keperihatinan para pelajar terhadap kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Perasmian program ini dilakukan oleh GKB, Tn Hj Mohd Nasir yang mewakili GKSS, Eb. Ghazali yang tidak dapat hadir. Beberapa orang guru turut hadir dalam program ini, iaitu Tn Hj Meli Deramat (Ketua Panitia), En. Nik nasaruddin Yahya (GKTV), En. Rosli Mohamed dan beberapa orang yang lain

Monday, July 26, 2010

KEM KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2010



Selepas kejayaan beberapa siri program kecemerlangan akademik yang telah diadakan pada sebelum ini, ,sekali lagi SMK Raja Sakti mengorak langkah ke hadapan demi untuk melonjak dan meneruskan tradisi kecemerlangan . Kali ini ialah menerusi inisiatif unit Kecemerlangan SPM yang diterajui oleh GKB, En. Mohd Nasir , iaitu dengan mengadakan siri bengkel pembelajaran yang memfokuskan kepada subjek yang dianggap kritikal bagi peperiksaan SPM 2010. Program ini yang melibatkan penyertaan semua pelajar dan guru Tingkatan 5 , berjalan selama seminggu iaitu bermula pada 25 hingga 29 julai dan bertempat di Dewan Sri Sakti.



Unit Kecemerlangan PMR SMK Raja Sakti telah mengadakan Kem Kecemerlangan Akademik bagi calon-calon pelajar pelajar yang bakal menduduki PMR pada tahun ini. seramai 70 pelajar tingkatan 3 telah menyertai program yang di adakan di Pondok Moden Jeli Kelantan . Ia berjalan selama 3 hari 2 malam bermula 20 hingga 22 julai. Ia dikendalikan oleh GKTV En. Nik Nasarudin Yahya, Mohd Nordin Darus (SU Kecemerlangan PMR) , guru matapelajaran yang berkaitan dan para kaunselor .

Pada sebelum ini program seumpama ini juga telah diadakan iaitu di Gelora Beach resort, Bachok. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini ia akan membuka minda pelajar dan mencetuskan idea dan alternatif baru bagi memboleh pelajar mencapai kecemerlangan dalam PMR nanti