INFO TERKINI KPM

Thursday, May 6, 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS

Tahniah diucapkan kepada Tn.Haji Hussain Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 April 2010 bagi menggantikan Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab.Rahman, Mantan Pengarah Pelajaran Kelantan yang bertukar ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.

Pelantikan Tn.Hj.Hussain Awang sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru juga diibaratkan 'sirih pulang ke gagang' kerana sebelum ini beliau merupakan mantan Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Kelantan sebelum bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah KPM. Sebagai seorang bekas pendidik, pengetua, pegawai pelajaran daerah dan terakhir ketua sektor di JPN Kelantan, beliau diyakini mampu membawa kecemerlangan yang lebih melonjak untuk pendidikan negeri Kelantan.

Tn. Hj. Hussain Awang yang terkenal sebagai seorang yang gigih bekerja dan mesra dengan semua orang, namum mempunyai ketegasan yang tersendiri sememangnya layak memimpin warga pendidikan seluruh Kelantan bagi mencapai kecemerlangan yang telah diteruskan oleh Mantan Pengarah Pelajaran Kelantan sebelum ini. Sebelum itu, dalam ucapannya di Majlis Penyerahan Tugas baru-baru ini, beliau meminta semua warga pendidikan JPN Kelantan, PPD, pentadbir sekolah dan guru-guru agar memberi kerjasama yang padu kepada beliau dan bersama-sama memberi komitmen tinggi bagi menjayakan agenda pendidikan negeri Kelantan.

Apa tanda si batang tebu
Batang tebu halus uratnya
Apa tanda orang berilmu
Orang berilmu tinggi budinya

Selain itu, ucapan tahniah juga disampaikan kepada YBhg Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab. Rahman, mantan Pengarah Pelajaran yang telah dianugerahkan Pingat Darjah Setia Mahkota yang membawa gelaran Dato' oleh YTM Pemangku Sultan Kelantan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan baru-baru ini.

Sesungguhnya dengan penganugerahan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan bukan sahaja kepada Dato' Hj.Mohd Ghazali Ab Rahman, tetapi turut dikongsi bersama oleh seluruh warga pendidikan negeri Kelantan. Penganugerahan itu juga sebagai satu pengikhtirafan kepada beliau yang telah banyak menyumbang bakti dan jasa menaikkan kecemerlangan pendidikan negeri Kelantan.

"Akar keladi melilit selasih,
selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

1 Komen Pelawat:

din JPN said...

congrat li..ada class