INFO TERKINI KPM

Tuesday, March 31, 2009

PANDUAN STS

Ini merupakan sebahagian panduan penggunaan STS yang perlu diketahui oleh Guru Penyelaras Bestari sekolah bagi membuat laporan berhubung sebarang kerosakan peralatan ICT di sekolah

Monday, March 30, 2009

SUKAN 2009

Friday, March 27, 2009

TAKLIMAT PENYELARAS BESTARI


Satu taklimat khas telah diadakan kepada semua Penyelaras Bestari ICT bagi semua sekolah kelompok Kota Bharu. Sesi taklimat ini telah di adakan pada hari Khamis (26/3/2009) bertempat di PKG Tapang . Ia bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada semua Penyelaras Bestari ICT berhubung dengan bidang tugas sebenar selaku penyelaras Bestari, di samping mengenalpasti bentuk instrumen pemantauan ICT , pengurusan sekuriti peralatan ICT dan kaedah terkini bagi membuat laporan berhubung masalah kerosakan peralatan ICT di sekolah.

Pengurusan keselamatan peralatan ICT seperti yang telah dijelaskan dalam taklimat yang disampaikan oleh Pegawai BTP Kelantan Muhd Ariff Bakhtiar bin Yusoff ialah memberikan penekanan kepada aspek penjagaan peralatan ICT umpamanya di Pusat Akses, Makmal Komputer, PPSMI, Pejabat dan sebagainya.

Sesungguhnya maklumat yang diperolehi menerusi taklimat seumpama ini adalah sangat berguna dan penting bagi memastikan pengurusan ICT secara keseluruhan mampu dipertingkatkan dari segi kecekapannya di semua sekolah. SMK Raja Sakti telah diwakili oleh En. Rosli Mohamad bagi menghadiri sesi taklimat tersebut.

Monday, March 23, 2009

KEPUTUSAN SPM 2008


SMk Raja Sakti mencatatkan kejayaan yang membanggakan dari segi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2008 yang keputusannya diumumkan baru-baru ini. Secara keseluruhannya jumlah pelajar yang memperolehi kecemerlangan adalah seramai 13 orang. Antara pencapaian tersebut ialah 2 orang pelajar telah memperolehi pencapaian 8 A dalam peperiksaan tersebut . Sementara selebihnya pula masing-masing memperolehi 5 A dan 6 A.

Pada hari keputusan peperiksaan itu diumumkan juga telah diadakan satu majlis khas bagi menghargai kejayaan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM 2008. Penghargaan yang berupa hadiah hamper itu telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Raja Sakti, Haji Kamarul Zaman Daud