INFO TERKINI KPM

Sunday, April 26, 2009

PUSAT AKSES: MAKLUMAT DI HUJUNG JARI..



Dunia pendidikan tidak sunyi dari menghadapi 10001 macam perubahan. Dalam dekad yang dikenali dunia tanpa sempadan atau borderless world ini. penggunaan teknogi ICT khususnya internet tidak boleh dinafkan sama sekali sebagai medium yang paling penting bagi mendapatkan maklumat global.. Kewujudan Pusat Akses di SMK Sakti merupakan satu platform yang terbaik bagi merealitikan apa yang dikatakan sebagai mendapatkan "maklumat dihujung jari".

Di Pusat Akses inilah para pelajar boleh mengakses pelbagai maklumat. Mengikuti pembelajaran bestari dan interaktif. Mencuba perkhidmatan online, berurusan secara online dengan rakan-rakan yang berada di lokasi yang berbeza, dan bertukar-tukar idea menerusi sidang video yang disediakan.

Sebagai menambahkan lagi bahan-bahan pembelajaran , dengan bantuan guru pembimbing, pelajar akan diajar tentang prosedur membina blog peribadi sebagai asas bagi membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka dalam blog peribadi secara lebih meluas dan sistematik. Dalam blog peribadi berkenaan akan dilengkapkan info-info peribadi, peristiwa-peristiwa semasa dan juga maklumat pendidikan. Ini sekaligus dapat juga dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar lain bagi tujuan melengkapkan lagi maklumat yang sedia ada.

1 Komen Pelawat:

mat pspn said...

tahniah telah SMK Raja Sakti telah menggunakan Pusat AKses secara optimum