INFO TERKINI KPM

Friday, March 27, 2009

TAKLIMAT PENYELARAS BESTARI


Satu taklimat khas telah diadakan kepada semua Penyelaras Bestari ICT bagi semua sekolah kelompok Kota Bharu. Sesi taklimat ini telah di adakan pada hari Khamis (26/3/2009) bertempat di PKG Tapang . Ia bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada semua Penyelaras Bestari ICT berhubung dengan bidang tugas sebenar selaku penyelaras Bestari, di samping mengenalpasti bentuk instrumen pemantauan ICT , pengurusan sekuriti peralatan ICT dan kaedah terkini bagi membuat laporan berhubung masalah kerosakan peralatan ICT di sekolah.

Pengurusan keselamatan peralatan ICT seperti yang telah dijelaskan dalam taklimat yang disampaikan oleh Pegawai BTP Kelantan Muhd Ariff Bakhtiar bin Yusoff ialah memberikan penekanan kepada aspek penjagaan peralatan ICT umpamanya di Pusat Akses, Makmal Komputer, PPSMI, Pejabat dan sebagainya.

Sesungguhnya maklumat yang diperolehi menerusi taklimat seumpama ini adalah sangat berguna dan penting bagi memastikan pengurusan ICT secara keseluruhan mampu dipertingkatkan dari segi kecekapannya di semua sekolah. SMK Raja Sakti telah diwakili oleh En. Rosli Mohamad bagi menghadiri sesi taklimat tersebut.

0 Komen Pelawat: